SELAMAT DATANG Pelajar ambilan Ogos 2025/2027

"Buat master itu seperti membaca buku tebal di tengah pesta — orang berseronok, kau berfikir"

SELAMAT KEMBALI Pelajar ambilan Ogos 2024/2026

“Kalau hari ini kau rasa nak berhenti…, Berhentilah sekejap, tarik nafas. Tapi jangan undur.”

>>>

"Tesis bukan ujian kepandaian. Ia ujian kesabaran dan keberanian untuk kekal mencari jawapan".

>>>

"Setiap kesulitan dalam jalan ilmu, ada pahala. Dan setiap airmata ketika menulis, ada nilai di sisi-Nya"

>>>

Bila kau hampir berputus asa, ingat — anak-anak muridmu sedang melihat bagaimana gurunya berjuang sampai ke puncak.

SELAMAT KEMBALI PELAJAR SARJANA IPGKI

Selamat kembali ke kampus dan ke rutin akademik, semua pelajar Pengajian Siswazah! Semoga semester ini menjadi permulaan yang lebih tersusun, lebih tenang dan lebih bermakna untuk anda dalam penyelidikan, penulisan, kerja lapangan serta apa jua tugasan yang sedang dikejar. Kami percaya setiap langkah kecil yang anda buat hari ini adalah batu loncatan kepada pencapaian yang lebih besar. Doa kami: Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan anda, melapangkan fikiran, menguatkan semangat, mengurniakan kesihatan yang baik serta memberi keberkatan pada ilmu dan masa yang anda usahakan. Semoga setiap usaha anda dipandu dengan hikmah, dipelihara daripada keletihan yang melemahkan dan dipermudahkan jalan menuju kejayaan. Harapan kami: Semoga anda kekal konsisten, fokus dan berani menghadapi cabaran semester ini. Jadikan setiap perbincangan, bacaan, eksperimen dan penulisan sebagai proses membina diri bukan sekadar menyiapkan keperluan akademik. Jika terasa berat, ingatlah anda tak keseorangan. Dapatkan sokongan penasihat akademik, penyelia, rakan penyelidik dan komuniti akademik. Akhir kata, selamat maju jaya dan semoga semester ini membawa kemajuan dalam penyelidikan, ketenangan dalam perjalanan dan kejayaan pada akhirnya. Selamat kembali & selamat berjuang! @ Webmaster Info Sarjana.

PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN SEMESTER LALU

Dimaklumkan bahawa keputusan semester lalu telah dikeluarkan dan kini boleh disemak melalui portal iTeMS di pautan berikut:

Mohon semua pelajar membuat semakan masing-masing. Jika terdapat sebarang isu semasa log masuk atau paparan keputusan, sila hubungi pihak Unit Pepriksaan dan Penilaian, IPGKI untuk tindakan lanjut.

Terima kasih.


@ Webmaster Info Sarjana